Khamis, 27 Disember 2012

Cara-cara menulis huruf jawi

Assalammualaikum..

Menulis jawi tidaklah sukar tetapi memerlukan latihan yang berterusan untuk memahirkan adik-adik menulis huruf -huruf jawi. Penulisan huruf jawi ini boleh dikategorikan kepada huruf yang boleh bersambung dan yang tidak boleh bersambung. Terdapat huruf yang boleh bersambung di awal dan di akhir seperti huruf "ba" dan "ta", Ada juga yang boleh ditulis bersambung dengan huruf lain di akhir perkataan tetapi tidak di awal perkataan seperti huruf  "alif" dan "ro". Huruf yang tidak boleh bersambung dengan huruf lain adalah huruf "hamzah". Untuk memudahkan adik-adik memahaminya bolehlah merujuk kepada carta pada pautan di bawah ini. Selamat mencuba!

Cara-cara menulis huruf jawi.

Rabu, 12 Disember 2012

Makhraj-makhraj Huruf

Makhraj ialah tempat menahan atau menyekat udara ketika bunyi huruf hijaiyah dilafazkan. Kebanyakan Ahli Qira'at dan ulamak nahu seperti imam Ibn Al-Jazari dan imam Al-Khalil bin Ahmad berpendapat jumlah bilangan makhraj yang utama ada lima bahagian iaitu:
1. Bahagian rongga mulut dan rongga keronggkong
2. Bahagian kerongkong
3. Bahagian lidah
4. Bahagian bibir mulut
5. Bahagian hidung

Alat-alat sebutan huruf

Assalammualaikum....
Terdapat 17 bahagian yang digunakan untuk menyebut huruf iaitu:-
1. Bibir mulut
2. Gigi
3. Gusi gigi
4. Langit-langit keras
5. Langit-langit lembut
6. Anak tekak
7. Hujung lidah
8. Pangkal lidah
9. Tengah lidah
10. Epiglotis
11. Saluran makan
12. Rongga mulut
13. Dengung
14. Rongga Kerongkong
15. Biji halkum
16. Pita suara
 17. Saluran nafas